1. Pengenalan
Ikhwah Training adalah sebuah konsultan yang mengendalikan program-program motivasi dan kecemerlangan, kem ibadah, sahsiah dan waja diri, kursus-kursus bahasa, serta program-program perkhemahan dan rekreasi. Ia mula bergerak sejak tahun 2004, di mana ketika itu barisan pendukung awal konsultan ini sedang menuntut di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru dan sering ditawarkan untuk mengendalikan beberapa kem ibadah di sekitar Daerah Hulu Selangor.
Permintaan semakin bertambah dan satu inisiatif diambil untuk memenuhi keperluan tersebut. Akhirnya, konsultan ini didaftarkan secara rasmi pada 25 Mei 2006 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan dengan nama Ikhwah Training Management, bernombor pendaftaran 001768760-X.

2. Latar Belakang
Ikhwah Training beroperasi sebagai sebuah konsultan bukan berasaskan keuntungan (non-profit based), di mana kesemua modulnya adalah percuma untuk mana-mana program anjuran Ikhwah Training Management sama ada yang dianjurkan sendiri mahupun program kolaborasi dengan mana-mana organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Penjanaan ITM adalah dari operasi perniagaan syarikat Media Ikhwah (cetakan dan pengiklanan) serta program-program besar tahunan seperti Arabic Excel dan Kembara Abid.
Sehingga kini, Ikhwah Training beroperasi sepenuhnya di Bandar Baru Bangi dan giat mengendalikan program-program di sekitar negeri Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.
|
|