~~YAYASAN NUSAJU~~

Yayasan Nusaju adalah sebuah organisasi bukan untung yang telah ditubuhkan sejak tahun 2000. Tujuan penubuhan adalah untuk menjalankan program-program bantuan dan sokongan pembelajaran awal Bahasa Inggeris untuk anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun. Program yang telah berjaya dijalankan termasuk Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris tanpa bayaran di kawasan-kawasan luar bandar. Semenjak penubuhannya pusat pembelajaran bahasa Inggeris Nusaju kini telah berkembang menjadi 15 buat pusat dan juga telah memberi manfaat kepada lebih 7,700 orang murid.
Seiring dengan keperluan dunia dan akhirat, pihak Yayasan Nusaju berhasrat untuk melaksanakan program ibadah. Menyedari betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan harian sebagai umat Islam, pihak Yayasan Nusaju percaya bahawa Kem Solat Nusaju amat bertepatan bagi memberi pendedahan awal tentang tuntutan dan amalan yang tepat dalam melaksanakan ibadah solat. Sehubungan dengan itu pihak Yayasan Nusaju telah melantik pihak Ikhwah Training Management sebagai pengendali program Kem Solat Nusaju ini.
|